Senheng Kangar
Apa itu ReNew+?
Ianya adalah suatu program langganan yang menawarkan pelanggan di dalam Malaysia untuk membuat pilihan telefon bimbit mudah alih mengikut kemampuan. Pemilihan iPhone kegemaran terkini boleh dibuat melalui perkhidmatan sewaan dan tambah nilai termasuk tetapi tidak terhad kepada pembelian semula telefon bimbit mudah alih, penaikan taraf telefon bimbit mudah alih, perkhidmatan pertukaran telefon bimbit mudah alih dan perkhidmatan lain yang berkaitan (selanjutnya dirujuk sebagai "Program"). Melalui laman sesawang ReNew + ini, kami menawarkan platform maya atas talian yang memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai program langganan pembiayaan mikro "pasca penjualan" telefon pintar digital yang terkini dilancarkan di Malaysia, yang mana direka untuk mempromosikan rangkaian iPhone terkini yang tersedia ada di Renew+. Untuk menikmati manfaat Program ini, pelanggan akan dirujuk ke kedai pemasaran produk Apple yang berdekatan.
HAK CIPTA
Setiap objek di laman sesawang kami seperti kandungan, dokumen, teks, reka bentuk, grafik, gambar, organisasi, foto, kompilasi, rakaman suara, video dan lain-lain (selanjutnya dirujuk sebagai "karya-karya tersebut") adalah dilindungi di bawah peruntukan Akta Hak Cipta Malaysia 1987.
Pengguna laman sesawang ini tidak dibenarkan melakukan tindakan seperti di bawah tanpa persetujuan CompAsia / ReNew+;
​
-
mengubah, menyebarkan, menyalin, memaparkan, menghantar, menghasilkan semula, melakukan, melesenkan, menerbitkan, memuat turun, memindahkan, memuatnaik, menerbitkan karya, menggunakan karya tersebut di laman sesawang atau platform lain;
-
menjual atau memindahkan maklumat, daftar pengguna, perisian, kompilasi, pangkalan data, produk dan perkhidmatan yang diperoleh daripada atau disediakan melalui laman sesawang ini atau daripada CompAsia termasuk, tetapi tidak terhad kepada, foto, teks, logo, grafik, visual dan fail audio.
​
CompAsia tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk menghasilkan semula atau memasukkan karya-karya tersebut dalam sebarang bentuk ke dalam sistem pengambilan maklumat, mekanikal atau elektronik, untuk tujuan pengedaran, penerbitan semula, penyerahan hak, penjualan, pemberian lesen dan penyediaan karya terbitan atau bagi sebarang tujuan lain.
​
CompAsia melalui penyerahhakkan Apple, memperoleh semua kepentingan dan hak yang berkaitan dengan hak cipta dalam iklan dan penyenaraian yang disiarkan di laman sesawang, termasuk, foto, susun atur, gambar, grafik, teks dan lain-lain (selanjutnya dirujuk sebagai "Karya Diserahhakkan").
Foto/gambar yang digunakan dalam pengiklanan dan penyenaraian yang dimuatnaikkan di laman sesawang ini hendaklah disokong dengan meterai “Watermark” (selanjutnya dirujuk sebagai "Watermark"). Watermark tersebut tidak boleh dibuang atau dialihkan dalam apa keadaan sekalipun.
Pelanggaran hak cipta adalah suatu isu yang dianggap serius dan berat oleh pihak kami, yang mana ianya membolehkan kami mengambil tindakan undang-undang terhadap pelanggar secara proaktif. Perlu diketahui bahawa pelanggaran hak cipta boleh disabitkan kepada hukuman jenayah dan sivil.