top of page

Kelebihan Membeli Telefon Pintar Menerusi Pelan Ansuran


Telefon pintar bukan lagi kehendak semata-mata, ia adalah keperluan kerana kebanyakan kita memerlukan telefon pintar yang berkualiti untuk belajar, bekerja dan berhubung dengan seluruh dunia terutamanya dalam tempoh pandemi kini. Pelan ansuran adalah alternatif terbaik buat yang tidak mampu membeli telefon pintar secara tunai. Jom kita kaji kelebihan membeli telefon pintar menerusi pelan ansuran.


Langkah bijak untuk miliki telefon pintar yang semakin mahal

Kuasa pemprosesan yang hebat, reka bentuk dan kualiti premium adalah antara sebab mengapa harga telefon pintar sentiasa meningkat. Persaingan antara jenama dalam memastikan produk mereka sentiasa relevan dan terbaik di pasaran juga merupakan faktor harga telefon pintar melonjak. Pasti ramai setuju bahawa harga telefon pintar telah meningkat dengan mendadakkan? Buktinya, pada suatu masa dahulu model terbaru keluaran Nokia hanya bernilai RM1000! Kini, semua model telefon berharga RM3000 ke atas. Jadi sekiranya anda pilih pelan ansuran, anda boleh memiliki telefon pintar tanpa perlu bersusah payah.


Pelan ansuran membolehkan anda mengelakkan penggunaan kad kredit



Memang seronok mempunyai kad kredit namun sangat merbahaya kerana kadar faedah yang tinggi. Apabila anda sudah terjebak dengan hutang kad kredit, anda akan mendapati ia sukar untuk dilunaskan. Anda juga akan dikenakan bayaran tambahan sekiranya anda terlewat bayar bulanan, caj yuran tahunan dan banyak lagi.


Pelan ansuran membolehkan anda menguruskan wang dengan lebih baik



Kami sarankan supaya anda mencari pelan ansuran yang tidak memerlukan kad kredit. Pelan ansuran merupakan salah satu kaedah terbaik untuk membeli telefon pintar pada ketika ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak aspek yang anda harus pertimbangkan sebelum memilih pelan ansuran yang sesuai untuk anda seperti tempoh ansuran, bayaran tambahan dan lain-lain. Salah satu pelan ansuran yang paling best di pasaran pada ketika ini ialah ReNew + yang membolehkan anda menikmati pembayaran bulanan tetap serta fleksible. Ketahui lebih lanjut mengenai ReNew + di sini.


Pelan ansuran mempunyai pakej menarik

Soalan pertama yang anda wajib tanya pada diri sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli apa-apa peranti adalah: Apakah kegunaan utama peranti tersebut? Adakah ia untuk hiburan? bekerja? atau adakah ia untuk anak-anak anda. Dengan ini, anda akan mendapat idea yang lebih baik mengenai aksesori tambahan yang mungkin anda perlukan. Lebih baik lagi jika anda boleh memperolehinya secara pakej dengan pelan ansuran. Pakej seperti ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah dapat membantu anda mengelakkan daripada membeli aksesori di kemudian hari dengan harga penuh.


Conclusion

Pelan ansuran adalah alternatif yang baik untuk membeli peranti berkualiti tinggi terutamanya jika anda memerlukannya untuk bekerja atau belajar. Kelebihannya ialah pelan ansuran dapat meringankan beban kewangan, mengelakkan penggunaan kad kredit dan mengalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik. Dapatkan peranti impian anda dengan ReNew + sekarang! Semak kelayakan anda untuk pelan ReNew + di sini.

1,446 views0 comments
bottom of page