top of page

Cara Berjimat Di Kala Pandemik


Cara berjimat semasa PKP

Pupuklah budaya berjimat cermat semasa musim pandemik agar kelangsungan hidup anda terjamin.



Pandemik ini telah banyak memberi kesan kepada kehidupan kita terutamanya dari segi ekonomi. Ramai yang telah mengambil langkah untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja namun harus diingatkan supaya kita tidak terlalu menyekat perbelanjaan sehingga menyebabkan tekanan. Perkara yang penting apabila berbicara tentang kewangan ialah cara menguruskan kewangan itu sendiri. Jom pelajari beberapa teknik untuk urus wang dengan lebih baik.




Belajar memasak

Setiap hari ‘tapaw’ makanan? Memang sampai bila-bila pun anda tidak akan mampu berjimat, tambah pula dengan harga makanan yang semakin mahal. Sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk belajar memasak. Anda boleh rujuk pelbagai rancangan masakan di YouTube dan artikel-artikel masakan di Internet. Bayangkan ratusan ringgit yang anda boleh jimat setiap bulan sekiranya anda memasak di rumah… .





Rancang pembelian runcit

Anda kan dah mula memasak, semestinya perlu beli barangan runcitkan? Rancang dengan teliti apa yang perlu dibeli semasa keluar membeli barangan runcit. Untuk lebih jimat, pilih bahan yang boleh dimasak pelbagai hidangan. Elakkan makanan ringan kerana ia bersifat sementara dan tidak mengenyangkan.


Pantau perbelanjaan anda

Membeli barangan online bukanlah perkara baru untuk kita semua. Setiap hari ada sahaja bungkusan yang tiba di pintu rumah.... Membeli barangan online tidak salah namun ia boleh menyebabkan ketagihan dan boleh membuatkan anda berbelanja secara impulsif. Sebelum anda membuat pembayaran, pastikan anda benar-benar perlukan barangan tersebut.




Sokong perniagaan kecil

Ini adalah masa yang sukar buat semua rakyat Malaysia. Sekiranya boleh, belilah dari perniaga kecil. Pembelian anda pasti akan akan membantu mereka untuk terus bertahan.


Nantikan potongan harga

Ini adalah masa yang tepat untuk mempertimbangkan program kesetiaan pelanggan contohnya sekiranya anda selalu berbelanja di Village Grocer atau BIG, pastikan anda daftar keahlian Bites. Jika anda ingin membeli sesuatu secara online, anda dinasihatkan untuk menunggu potongan harga supaya pembelian anda lebih berbaloi.


Pertimbangkan langganan online

Elakkan dari mempunyai banyak akaun hiburan yang premium seperti Spotify , Netflix, Viu, Astro, Disney+ dan lain-lain. Mungkin ini masanya untuk anda jadi lebih kreatif dan cari aktiviti yang tidak memerlukan wang serta masa skrin yang lama.

Terokai pasaran barangan terpakai

Pandemik telah menyebabkan ramai orang terdesak dari segi kewangan, jadi langkah yang cepat dan mudah untuk memperoleh wang ialah dengan menjual barang-barang terpakai. Anda juga boleh memperolehi wang tambahan dengan menjual barang yang tidak lagi diperlukan. Sekiranya anda ingin menjual atau membeli telefon, anda boleh kunjungi shop.compasia.com untuk dapatkan harga yang berpatutan.

Panjangkan tempoh pembayaran

Anda disarankan untuk memilih pelan ansuran semasa membeli peralatan elektronik terutamanya pada tempoh pandemik ini kerana kita perlu sentiasa bersedia sekiranya berdepan dengan sebarang kecemasan pada ketika ini. Sekiranya anda sedang mencari pelan ansuran yang membolehkan anda memanjangkan tempoh pembayaran sehingga 36 bulan, ReNew + adalah pilihan yang tepat. Anda bukan sahaja boleh menikmati ansuran bulanan tetap, malah ReNew+ memberi jaminan bahawa ia tiada yuran tersembunyi atau yuran pembayaran lewat.

Kesimpulannya

Ramai diantara kita yang lebih berhati-hati untuk berbelanja semasa tempoh pandemik ini. Ini adalah masa yang tepat untuk menilai perkara yang betul-betul penting dan berbaloi untuk memastikan aliran tunai sentiasa ada ketika kita saat genting ini. ReNew+ merupakan medium terbaik untuk anda dapatkan peranti idaman anda. Semak kelayakan anda dengan layari: https://www.renewplus.compasia.com/apply-now



48 views0 comments
bottom of page