top of page

Apa yang perlu dilakukan setelah anda miliki iPhone 12



Terokai teknologi terkini

Ya..kami tahu… kami tahu… ianya amat mengujakan. Namun, di mana anda perlu mulakan? Baca seterusnya untuk ketahui dengan lebih lanjut.


Terdapat pelbagai perkara yang disukai dalam siri iPhone 12. Reka bentuk barunya dengan ciri sudutnya yang berkilau, mampu memukau sesiapa sahaja yang memandangnya bahkan jua buat bukan pengguna iPhone. Dengan skandal cinta baharu ini antara anda dengan telefon baharu anda, anda ingin menjaga dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.


Artikel ini menyenaraikan beberapa ciri hebat yang anda boleh terokai, dari alat kreatif berkualiti tinggi dan juga aplikasi penyuntingan video. Bersama dengan aksesori sokongan dengan harga mampu milik untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi iPhone 12 anda.

  1. Penjagaan fizikal Perkara pertama yang anda ingin lakukan terlebih dahulu ialah melindungi telefon anda secara luaran. Anda boleh mendapatkan casing telefon yang berpatutan dengan harga serendah RM10, tetapi sudah tentunya... ‘kesayangan’ baharu anda layak mendapat lebih baik. Sekiranya anda sedang mencari jenama berkualiti tinggi, kami mengesyorkan Spigen, Otterbox atau casing keluaran rasmi dari Apple. Casetify juga menawarkan pelbagai pilihan reka bentuk yang menarik dan perlindungan yang boleh dipercayai. Bagi harga yang lebih berpatutan, anda boleh melihat NinjaZ atau stor yang serupa untuk casing murah dan bagus. Anda juga perlukan pelindung skrin kerana ianya sudah menjadi suaty yang normal bagi setiap telefon.

  2. Sudah tentunya Apple ID Sekiranya ini adalah produk Apple pertama anda, anda akan memahami bahawa dunia Apple tidak seperti dunia Android. Oleh itu, anda perlukan Apple ID. Ini akan membolehkan anda untuk membuat pembelian, mengakses iCloud, menggunakan iTunes dan banyak lagi. Anda juga dapat membuat penyambungan yang lancar ke pelbagai peranti Apple anda.

  3. Memindahkan data anda Memindahkan data dan fail anda dari telefon sebelumnya ke telefon baharu adalah mudah. Jika anda berpindah dari iPhone, ianya lagi mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan merapatkan kedua-dua telefon tersebut dan anda akan dibimbing sepenuhnya. Sebagai alternatif, anda juga boleh memindahkan data anda melalui iCloud, dan ini adalah sebab penting anda perlukan Apple ID.

  4. Aspek keselamatan Walaupun ini adalah sebahagian dari tetapan, aspek keselamatan amat penting. Jangan lupa untuk menetapkan cap jari dan Face ID anda. Kemas kini iOS terkini anda untuk membolehkan Face ID berfungsi dengan pelitup muka anda. Walaupun … sebenarnya ianya memerlukan Apple Watch untuk berfungsi.

  5. Fahami kebolehcapaian dan gerak isyarat iPhone anda dilengkapi dengan pelbagai pintasan dan gerak isyarat yang membantu memudahkan tugas anda. Tips gerak isyarat mungkin memerlukan artikel khas untuknya, namun antara gerakan asas yang biasa digunakan termasuk meleret ke bawah dengan satu jari dari bahagian atas telefon anda untuk notifikasi dan meleret ke bawah dari tengah skrin untuk mengakses carian. Meluncur ke bawah dari sudut kanan atas telefon anda membolehkan anda mengakses tetapan sentuh dengan pantas. Leret dari bawah dengan perlahan dan anda akan dapat mengakses aplikasi yang sedang berjalan.

  6. Perjalanan ke app store Walaupun iPhone dihadirkan dengan aplikasi tersedia yang sememangnya hebat, namun terdapat pelbagai aplikasi hebat yang lain boleh didapati di App store. Anda pastinya memerlukan aplikasi penting ini seperti WhatsApp, MySejahtera, Spotify dan lain-lain. Anda juga mungkin perlu untuk muat turun beberapa aplikasi Google seperti Google Maps yang tidak tersedi di iPhone.

  7. Cipta Memoji anda Jika anda menaik taraf dari iPhone X atau iPhone 11, anda mungkin sudah biasa dengan Memoji. Dan jika iPhone 12 ini adalah iPhone pertama anda, inilah masanya untuk mencipta avatar versi kartun anda sendiri. Mulakan dengan membuka aplikasi Messages. Ketik pada ikon Animoji di bahagian bawah, dan kemudian tanda + di awal senarai Animoji. Ini akan membolehkan anda mencipta versi maya anda sendiri.

Kesimpulan

Walaupun ini mungkin pengakhiran kepada artikel ini, namun ini adalah permulaan perjalanan anda yang menarik bersama iPhone anda. Dengan pelbagai ciri, paparan cemerlang, di antara cip yang berkuasa hebat dengan kemas kini yang menakjubkan, anda sememangnya membuat pilihan yang tepat.


Jika anda sedang membaca artikel ini dan masih belum lagi miliki iPhone anda sendiri, anda boleh milikinya dengan harga yang berpatutan dengan ReNew+.


Untuk semak kelayakan anda untuk ReNew+, anda boleh lakukan penilaian Pra-Kelayakan di renewplus.compasia.com


Penilaian yang diperlukan adalah seperti berikut:


Umur minimum 25 tahun dan umur maksimum 64 tahun;


Warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan Biru


Pemohon baharu untuk Program Pra-Kelayakan yang belum mendaftar untuk Device Lifecycle Program yang ditawarkan oleh CompAsia Sdn Bhd dan Terra Optimus Pearl Sdn Bhd; dan


Salinan gambar yang serupa dengan gambar pada Kad Pengenalan anda


Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pra-Kelayakan, sila layari https://www.renewplus.compasia.com/apply-now

293 views0 comments
bottom of page